A+ A A-

headerBM mysihat

Utama | Direktori Staff| Maklumat Korporat | Peta Laman

                    barcode  Malaysian Health Promotion Board Facebook  youtube  br logo2 mobilev

Mengenai MySihat

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah ditubuhkan pada 1 April 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia merupakan sebuah badan berkanun yang pertama ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tujuan utama LPKM adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Lembaga ini berperanan mempromosikan cara hidup sihat dengan mengambil tindakan atau menganjurkan aktiviti yang dapat memperkukuhkan kemahiran dan kemampuan kesihatan seseorang individu, kumpulan atau masyarakat di samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki taraf  kesihatan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2011, penjenamaan semula atau rebranding Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia telah dilaksanakan dan kini Lembaga dikenali sebagai MySihat. MySihat bermaksud 'My' untuk Malaysia dan 'Sihat' atau healthy dalam bahasa Inggeris , yang membawa maksud Malaysia sihat di mana ia memberi makna yang simbolik kepada 'Malaysia yang sihat dan aktif'. Penjenamaan semula ini dibuat bertujuan supaya MySihat mudah dikenali dan perananya dapat difahami dengan lebih baik.

co

kkm spa jpa myhealth infosihat 1akses amm MOVeSKOSPEN2 mygov msc who seatca1 intan mampu LogoKOSPEN2