A+ A A-

headerBM mysihat

Utama | Direktori Staff| Maklumat Korporat | Peta Laman

                    barcode  Malaysian Health Promotion Board Facebook  youtube  br logo2 mobilev

Objektif & Fungsi MySihat

Objektif

  1. Untuk memajukan keupayaan pertubuhan-pertubuhan termasuk pertubuhan berkaitan kesihatan dan berasaskan komuniti bagi promosi kesihatan;
  2. Untuk merancang dan melaksanakan program dan aktiviti promosi kesihatan bagi faedah masyarakat, dengan memberi tumpuan khusus kepada golongan remaja;
  3. Untuk membentuk dan menyokong program-program yang menggunakan pelbagai strategi bagi mempromosi dan menyokong cara hidup sihat dan persekitaran sihat melalui pelbagai lapangan atau setting dan sektor;
  4. Untuk membentuk dan menyokong program yang dapat menambahbaik kesihatan rakyat  dengan cara mencegah, mengurang atau menghentikan penggunaan hasil tembakau;
  5. Untuk membiayai penyelidikan yang relevan dalam promosi kesihatan; dan
  6. Untuk membiayai dan menyokong organisasi-organisasi sukan, rekreasi dan kebudayaan dalam usaha mempromosikan cara hidup sihat dan persekitaran sihat.

Fungsi

  1. Menyediakan garis panduan pemberian geran, menilai permohonan geran dan mengeluarkan geran kepada mana-mana pertubuhan yang berkaitan kesihatan;
  2. Menentukan terma dan syarat pemberian geran dan menentukan jumlah yang boleh diluluskan bagi setiap permohonan;
  3. Merancang, membentuk dan melaksanakan pelan tindakan dan program bagi memperkukuh dan membina kapasiti organisasi dalam keupayaan promosi kesihatan;
  4. Menilai dan menentukan jenis dan takat sesuatu aktiviti promosi kesihatan yang boleh disokong oleh Lembaga;
  5. Menjalin perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang memiliki misi dan objektif yang seumpama untuk bantuan bersama dan memperluaskan pembangunan dan kemajuan promosi kesihatan;  dan
  6. Berunding dengan agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang tertakluk dengan Akta ini.
kkm spa jpa myhealth infosihat 1akses amm MOVeSKOSPEN2 mygov msc who seatca1 intan mampu LogoKOSPEN2